Better Cheaper FasterPenang Transport Master Plan

Petisyen Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Lebih Baik, Lebih Murah dan Lebih Cepat

Better Cheaper Faster Penang Transport Master Plan

Kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng

Kami menyokong idea rancangan induk pengangkutan untuk Pulau Pinang yang benar-benar mesra alam dan berhemat. Kami menolak cadangan SRS dan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengutamakan pembinaan jalan raya berbanding pengangkutan awam. Kami mahu kerajaan negeri menerima Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang Lebih Baik, Lebih Murah, Lebih Cepat, yang menggunakan BRT dan trem sebagai kaedah pengangkutan awam utama.

Pengenalan

Di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang telah diajukan dengan cadangan SRS dan rancangan Zenith BUCG yang akan mengubah kehidupan kita secara meluas. Pendekatan besar-besaran kerajaan negeri Pulau Pinang yang menggabungkan tujuh kaedah pengangkutan (jalan raya, LRT, monorel, trem, Bas Transit Pantas/bas pengantara, kereta kabel dan pengangkutan air) akan menelan belanja sebanyak RM46 bilion dan ditampung sebahagiannya dengan menebus guna lebih 4,000 ekar tanah. Cadangan ini tidak akan menyelesaikan masalah lalu lintas dan pengangkutan Pulau Pinang.

Kenapa Perlunya Alternatif?

Cadangan ini mempunyai pelbagai kelemahan besar dan mengabaikan beberapa langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu pengangkutan secara holistik.

  • Ia tidak berwawasan dan masih terperangkap dalam paradigma lama. Ia terlalu menumpukan pada kereta dan pembinaan lebuhraya secara besar-besaran yang hanya akan menggalakkan penggunaan lebih banyak kenderaan persendirian, dan meremehkan sebarang cadangan sistem pengangkutan awam;
  • Ia digubal berdasarkan pengunjuran kependudukan dan penggunaan pengangkutan yang diragui dan boleh menyebabkan Pulau Pinang dibebani masalah kewangan yang besar.
  • Ia mencadangkan terlalu banyak kaedah pengangkutan yang tidak terintegrasi dan 2 – 3 kali lebih mahal untuk dibina, dikendali dan diselia berbanding trem dan BRT yang dicadangkan oleh Halcrow;
  • Keseluruhan projek tidak telus dan dari struktur Pihak Penyampai Projek adanya potensi terjadinya percanggahan kepentingan.

Lebih Baik, Lebih Murah, Lebih Cepat

Rancangan alternatif yang kami cadangkan akan mengambil pendekatan holistik yang bertahap-tahap untuk menyelesaikan masalah pergerakan dan pengangkutan Pulau Pinang, dengan mengambil kira kekangan sumber kerajaan negeri. Berpandu kepada prinsip ‘menggerakkan manusia, bukannya kereta’, cadangan alternatif ini lebih mengutamakan sistem pengangkutan awam yang baik daripada memberi tumpuan kepada pembinaan jalanraya. Ia akan menggunakan trem moden dan BRT berdasarkan sistem pengangkutan awam yang dicadangkan oleh Halcrow. Rancangan alternatif ini adalah:

  • Lebih baik, kerana ia lebih mudah digunakan oleh orang awam terutama OKU; kurang impak pada lingkungan dan lebih mesra alam; lebih senyap dan kurang menyebabkan getaran; fleksibel dan lebih mudah untuk diperkembangkan pada masa hadapan;
  • Lebih murah, separuh kos pembinaannya, justeru itu lebih murah untuk diperkembangkan pada masa hadapan, dan dua hingga tiga kali lebih murah untuk dikendali dan diselia.
  • Lebih cepat, kerana sistem trem moden dan BRT dua kali lebih cepat untuk dibina dan boleh dibangunkan secara serentak di pulau dan tanah besar. Kerana pembinaan sistem ini dua kali lebih cepat, maka kuranglah gangguan pada kehidupan harian. Kita juga tidak perlu menunggu sehingga 2030 sepertimana cadangan asal SRS.

Undilah Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang Lebih Baik, Lebih Murah dan Lebih Cepat sekarang!

Petisyen ini akan dihantar kepada:

Kerajaan negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng

Sila tandatangani petisyen ini di sini