EventUncategorized

#SelamatkanJerejak: Membongkar Rahsia Pulau Jerejak

Save Jerejak Posters latest 1 BM
Forum Umum

Tahukah anda, pada suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak merupakan penempatan pengasignan sementara untuk migran sebelum dibenarkan masuk ke Pulau Pinang? Banyak warga dari India, Cina dan beberapa negara lain ditempatkan sementara di Pulau Jerejak untuk mengelakkan mereka daripada membawa pelbagai penyakit kepada warga Pulau Pinang.

Tahukah anda bahawa Pulau Jerejak merupakan salah satu hospital penyakit kusta yang terawal di Malaysia? Pulau ini juga pernah menjadi sanatorium untuk penyakit TB, dan merupakan suatu penempatan yang sesuai untuk pesakit-pesakit ini untuk berehat dan sembuh.

Pulau Jerejak juga merupakan suatu kawasan tahan dan penjara terkenal, dan pernah menjadi tempat untuk menahan banduan daripada Darurat Malaya dan rusuhan 13 Mei sehingga 1993.

Pulau ini juga merupakan salah satu daripada hutan rimba terpelihara dan mempunyai kepelbagaian biologi yang penting untuk Pulau Pinang? Latar pulau di antara dua kawasan tanah yang besar menjadikan pulau ini amat sesuai untuk pembiakan dan kemandirian kepelbagaian biologi marin dan pesisiran pantai.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Pulau Jerejak, maka sila hadir ke forum umum #SaveJerejak dengan ketetapan berikut:

Tarikh: 8th April 2017 (Sabtu)

Masa: 9.30am to 12.00pm

Tempat: Penang Institute, 10 Brown Road, 10350 Penang.

Kemasukan adalah percuma. Sila hubungi kami di info@pht.org.my atau talian +604 264 2631 untuk keterangan lanjut.